BELAIT, Isnin, 12 Januari. – Jabatan Penerangan hari ini mengadakan Program Taklimat Kenegaraan ‘Raja Kita, Menghayati Bendera dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam’ di Daerah Belait.
Seramai 48 penuntut Tahun 7 Sekolah St. John, Kuala Belait, menghadiri Taklimat Kenegaraan yang dikendalikan oleh Cawangan Penerangan Daerah Belait, Bahagian Komunikasi Strategik.
Taklimat berkenaan disampaikan oleh Pegawai Luar Penerangan, Cawangan Penerangan Daerah Belait, Dayang Zurairah binti Haji Lisa bertempat di Dewan Serbaguna sekolah berkenaan.
Turut hadir, Guru Kanan sekolah berkenaan, Awang Matthew Lim Toh Loy, berserta tenaga pengajar.
Kuiz Kenegaraan juga diadakan bagi meningkatkan kefahaman para pelajar terhadap taklimat yang disampaikan.
Para pemenang kuiz menerima hadiah sumbangan Jabatan Penerangan.
Program Taklimat Kenegaraan merupakan salah satu usaha berterusan Jabatan Penerangan dalam menyemai cinta terhadap raja, agama, bangsa dan negara.
Selain itu, ia juga dihasratkan akan dapat mengukuhkan lagi semangat solidariti, patriotik dan kenegaraan yang tinggi dalam diri penuntut.


Total views : 645