BERAKAS, Khamis. 29 Januari – Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Biro Keugamaan hari ini telah mengadakan Majlis Ceramah Sempena Sambutan Isra’ dan Mi’raj bagi Tahun 1447H/2026M bertempat di Dewan Auditorium.
Majlis diisi dengan ceramah khas bertajuk “Sembahyang Teras Modal Insan Cemerlang” yang disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Awang Muhammad Nasyith bin Superi, Pegawai Ugama, Pusat Da’wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama.


Total views : 598