Jawatankuasa Perhubungan Awam Kementerian-kementerian dan Jabatan-jabatan Kerajaan (JPAKK & JJK) telah mengadakan Program Perkongsian Maklumat bersama Jerudong Park Medical Centre (JPMC) bertempat di Board Meeting Room pada Selasa, 3 Februari 2026.
Program ini bertujuan untuk berkongsi maklumat serta pengalaman berkaitan pengendalian perhubungan awam, termasuk amalan terbaik dalam pelaksanaan strategi pemasaran dan promosi, di samping pengurusan aduan serta maklum balas secara berkesan.
Program tersebut telah disertai oleh Pegawai-pegawai Perhubungan Awam dan pengamal perhubungan awam dari kementerian-kementerian serta jabatan-jabatan kerajaan.
Program diakhiri dengan sesi soal jawab dan percambahan fikiran yang membolehkan pertukaran pandangan serta perkongsian idea dalam kalangan ahli-ahli Jawatankuasa Perhubungan Awam.


Total views : 597