MAKLUMAT RINGKAS MENGENAI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
PENGANGKUTAN UDARA
Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, yang terletak di Berakas, mengambil masa kira-kira 15 minit pemanduan dari Bandar Seri Begawan. Waktu daftar masuk adalah sekurang-kurangnya tiga (3) jam sebelum waktu perlepasan yang dijadualkan. Anda dinasihatkan untuk mengesahkan semula penerbangan perlepasan atau kepulangan anda dengan syarikat penerbangan yang berkaitan sebelum waktu perlepasan. (Sumber: Laman web Kementerian Pengangkutan).
BANK DAN MATA WANG
Terdapat sebilangan bank antarabangsa yang beroperasi di negara ini. Bank secara amnya dibuka dari jam 9:00 pagi hingga 4:00 petang pada hari Isnin hingga Jumaat, dan 9:00 pagi hingga 11:00 pagi pada hari Sabtu.
Kebanyakan bank mendapat kelulusan kerajaan untuk mengendalikan cek kembara serta pertukaran mata wang, dan kebanyakan bank menyediakan perkhidmatan ATM dalam rangkaian antarabangsa. Semua kad kredit utama (Visa, MasterCard, American Express, China Union Pay) diterima secara meluas di seluruh negara.
WAKTU PERNIAGAAN
Pejabat kerajaan dibuka dari 7.45 pagi hingga 12.15 tengah hari dan dari 1.30 petang hingga 4.30 petang serta ditutup pada hari Jumaat dan Ahad.
Pejabat swasta biasanya beroperasi dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang pada hari bekerja dan dari 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari pada hari Sabtu. Kebanyakan pusat membeli-belah dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 10 malam.
Semua pejabat dan premis perniagaan ditutup pada hari Jumaat antara pukul 12.00 tengah hari hingga 2.00 petang untuk solat Jumaat.
PERKHIDMATAN PENYEWAAN KERETA, TEKSI DAN PERAHU
PENYEWAAN KERETA
Perkhidmatan sewa kereta dengan atau tanpa pemandu disediakan melalui kaunter penerimaan tetamu hotel. Teksi bermeter juga boleh diatur melalui kaunter penerimaan tetamu hotel.
Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi telah memperkenalkan perkhidmatan teksi panggilan yang membolehkan orang ramai di Daerah Brunei-Muara untuk menghubungi dan mendapatkan perkhidmatan teksi, bermula pada hari Selasa, 4 Oktober 2016. Perkhidmatan ini adalah susulan kepada sistem teksi bermeter yang dilancarkan pada 23 September dan bertujuan untuk memudahkan orang ramai mendapatkan teksi dari mana-mana lokasi dalam Daerah Brunei-Muara. Perkhidmatan ini diperkenalkan secara sementara, sementara menunggu perkhidmatan tempahan tetap yang serupa atau melalui teknologi aplikasi mudah alih yang akan diperkenalkan oleh pihak berkepentingan. Orang ramai boleh menghubungi +673 7181643 untuk menempah teksi. Perkhidmatan tempahan ini beroperasi setiap hari termasuk hari Jumaat, Ahad dan cuti awam dari jam 6.30 pagi hingga 9.00 malam.
Orang ramai yang memerlukan perkhidmatan teksi di luar waktu tersebut boleh menghubungi pemandu teksi secara terus yang disenaraikan secara dalam talian. Caj tempahan sebanyak $2 akan ditambah kepada tambang teksi bermeter, serta caj tambahan lain (jika ada), mengikut kadar yang telah ditetapkan dan diterbitkan oleh JPD. Tempahan teksi juga boleh dibuat melalui aplikasi mudah alih TransportBN untuk pengguna iOS dan Android.
APLIKASI KERETA SEWA BRUNEI
Pilihan lain ialah melalui DART – aplikasi tempahan teksi pertama di Brunei. Pengguna iOS dan Android boleh memuat turun Aplikasi Mudah Alih DART.
PERKHIDMATAN TEKSI AIR
Teksi air merupakan bentuk pengangkutan yang paling biasa digunakan di Kampong Ayer. Orang ramai boleh mendapatkan teksi air dari jeti di Royal Wharf di sepanjang Sungai Brunei.
Perkhidmatan teksi air ke Daerah Temburong juga disediakan, beroperasi dari jam 7.45 pagi hingga 4.00 petang setiap hari.
Untuk lawatan bersiar-siar di sekitar Kampong Ayer, tambang adalah boleh dirunding. Anggaran bayaran adalah sekitar $20 hingga $25 bagi setiap bot. (Sumber: Laman web Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi).
IKLIM
Negara Brunei Darussalam mempunyai iklim khatulistiwa sepanjang tahun, yang dicirikan oleh suhu antara 24º hingga 35º Celsius, dengan kelembapan yang tinggi serta taburan hujan yang melebihi purata.
PERMIT MEMANDU
Brunei Darussalam mengiktiraf permit memandu antarabangsa yang dikeluarkan di bawah Konvensyen Trafik Jalan Raya 1949.
Pemandu di Brunei memandu di sebelah kiri jalan. Pemakaian tali pinggang keledar bagi pemandu dan penumpang hadapan adalah wajib.
BEKALAN ELEKTRIK
Voltan ialah 240V 50Hz.
Menggunakan palam tiga pin piawaian British, BS 1363 (Jenis G).
PERKHIDMATAN KECEMASAN
HOSPITAL RIPAS
Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) merupakan hospital rujukan utama yang terletak di ibu negara.
BAHASA
Bahasa rasmi Brunei ialah Bahasa Melayu, namun Bahasa Inggeris digunakan secara meluas. Jika memerlukan penterjemah untuk bahasa lain, anda boleh mengatur melalui pengendali pelancongan atau kedutaan masing-masing.
TELEKOMUNIKASI
Kod IDD Brunei Darussalam ialah +673. Terdapat tiga syarikat telekomunikasi di Brunei iaitu Imagine (dahulunya Telbru), DST Communications dan Progressif Celllular Sdn. Bhd. yang menawarkan pelbagai perkhidmatan telekomunikasi.
Imagine Sdn. Bhd.
DST Communications
Progressif Cellular Sdn. Bhd
ZON MASA
Negara Brunei Darussalam adalah lapan jam (+8) lebih awal daripada GMT dan 16 jam (+16) lebih awal daripada Waktu Piawai Pasifik Amerika Syarikat.
MEROKOK
Larangan terhadap produk tembakau tiruan.
Di Negara Brunei Darussalam, Seksyen 6 Perintah Tembakau 2005 melarang pengimportan, penjualan atau tawaran untuk menjual sebarang konfeksioneri atau produk makanan lain, atau sebarang mainan atau barangan lain yang direka bentuk menyerupai produk tembakau atau dijual dalam bungkusan yang direka menyerupai bungkusan yang biasanya dikaitkan dengan produk tembakau.
Ini termasuk peranti pengewap seperti rokok elektronik (e-rokok atau vape), e-paip, e-rokok dan sebagainya.
Mana-mana individu yang melakukan kesalahan ini boleh dikenakan denda tidak melebihi $5,000 dan bagi kesalahan kali kedua atau seterusnya, denda tidak melebihi $10,000.
LARANGAN PENGIMPORTAN DAN PENJUALAN PRODUK TEMBAKAU
Seksyen 3 (1) Akta Tembakau 2005 melarang pengimportan, penjualan atau tawaran untuk menjual produk tembakau berikut:
(a) sebarang tembakau kunyah; atau
(b) Produk tembakau lain yang bertujuan, dilabel atau diterrangkan sebagai sesuai untuk dihisap, dikunyah atau kegunaan oral yang lain selain daripada merokok seperti shisha, snuff, snus, tembakau tanpa asap, guthka, tembakau larut dan sebagainya.
Sksyen 3 (2) Perintah tembakau 2005 melarang pengimportartan, penjualan atau tawaran untuk menjual mana-mana rokok yang mengandungi:
(a) kandungan nikotin melebihi 1.3 miligram bagi setiap rokok; atau
(b) kandungan tar (kondensat asap bebas nikotin) melebihi 15.0 miligram bagi setaip rokok.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (2) adalah melakukan kesalahan dan boleh dikenakan denda tidak melebihi $10,000 atau penjara tidak melebihi 6 bulan, atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan kedua atau seterusnya, denda tidak melebihi $20,000, atau penjara tidak melebihi satu tahun, atau kedua-duanya.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen [1] atau [2] adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebihi $10,000, atau penjara selama tempoh tidak melebihi 6 bulan, atau kedua-duanya sekali; dan bagi sabitan kali kedua atau seterusnya, boleh dikenakan denda tidak melebihi $20,000, atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun, atau kedua-duanya sekali.
Jika anda mempunyai sebarang maklumat mengenai pengimportan atau penjualan produk-produk ini di Negara Brunei Darussalam, anda boleh melaporkannya kepada:
Perkhidmatan Pengawalseliaan Kesihatan, Kementerian Kesihatan di talian 7192005 (hotline) atau 2427095 semasa waktu pejabat (7:45 pagi – 12:15 tengah hari dan 1:30 petang – 4:30 petang, Isnin hingga Khamis, dan Sabtu) atau emel: health.enforcement@moh.gov.bn
Di bawah Perintah Tembakau 2005 dan peraturan-peraturannya: Larangan Merokok di Tempat-Tempat Tertentu dan Kenderaan [Seksyen 14 dan Pemberitahuan Tembakau (Larangan di Tempat-Tempat Tertentu) 2007] termasuk:
- Semua premis kerajaan termasuk hospital, pusat kesihatan, klinik kesihatan dan rumah penjagaan.
- Semua premis atau bangunan yang digunakan bagi tujuan komersial, perindustrian atau rekreasi termasuk tempat makan dan kafe siber.
- Semua premis atau bangunan yang boleh diakses oleh orang awam, contohnya ‘barisan dua orang atau lebih di tempat awam’.
- Mana-mana kawasan dalam institusi pendidikan atau institusi pengajian tinggi.
- Perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas dan teksi.
PERKHIDMATAN PENGAWALSELIAAN KESIHATAN
WAKTU PEJABAT:
7:45 pagi – 12:15 tengah hari dan 1:30 petang – 4:30 petang, Isnin hingga Khamis, dan Sabtu


Total views : 517