LATAR BELAKANG JABATAN PENERANGAN
Jabatan Penerangan ditubuhkan dan pada mulanya dikenali sebagai Perkhidmatan Penerangan Brunei (Brunei Information Services)
Cawangan Penerangan di Daerah Belait dan Bilik Bacaan Penerangan ditubuhkan
Pelita Brunei, akhbar rasmi kerajaan yang pertama diterbitkan dalam bentuk stensil (cyclostyle)
Pegawai Penerangan pertama dilantik, Pengiran Mohd Yusof bin Pengiran Haji Abdul Rahim (dikenali sebagai Yang Amat Mulia Pengiran Setia Negara Pengiran (Dr.) Haji Mohd Yusof bin Pengiran Haji Abdul Rahim). Bilik Bacaan Penerangan ditubuhkan di Pekan Bangar (Oktober 1957), Daerah Temburong dan Daerah Tutong pada tahun berikutnya (1958). Dengan penubuhan Perkhidmatan Radio Brunei pada tahun 1957, Perkhidmatan Penerangan menyediakan subsidi bagi pembelian radio dengan ansuran bulanan selama setahun. Pada tahun 1958, Perkhidmatan Penerangan menjual 1,048 set radio di seluruh negara.
Jabatan Penyiaran dan Penerangan telah dipisahkan kepada dua jabatan. Penerangan menjadi Bahagian Penerangan dan ia berada di bawah kuasa Pejabat Setiausaha Kerajaan.
Terletak di Jalan Mc. Arthur.
Bahagian Penerangan dinaik taraf dan dinamakan semula sebagai Jabatan Penerangan, di bawah kuasa Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Jabatan Penerangan dan Radio Televisyen Brunei digabungkan dan dikenali sebagai Jabatan Penyiaran dan Penerangan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
'Brunei Darussalam Newsletter', sebuah penerbitan bahasa Inggeris mula diperkenalkan.
Jabatan Penerangan dan Radio Televisyen Brunei diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Jabatan Penerangan dan Radio Televisyen Brunei dipisahkan kepada dua jabatan semula, dan Jabatan Penerangan kekal di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Jabatan Penerangan menyambut Jubli Emas penubuhan Jabatan Penerangan, 1952–2002.
Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri Brunei Darussalam perkenan untuk menjalani penempatan kerja (work attachment) di Jabatan Penerangan pada 27 Ogos.
Pelita Brunei, akhbar rasmi kerajaan menyambut Jubli Emasnya.
Pelita Brunei diterbitkan dua kali seminggu (setiap hari Rabu dan Sabtu), manakala versi dalam talian, Pelita Brunei Online mula disediakan, dikemaskini setiap hari, dan boleh diakses melalui www.pelitabrunei.gov.bn.
Pelita Brunei diterbitkan tiga kali seminggu dengan memperkenalkan edisi hari Isnin di samping edisi hari Rabu dan Sabtu.
Jabatan Penerangan menerima tapak untuk bangunan tambahannya.
Jabatan Penerangan menyambut 60 tahun penubuhannya, 1952–2012.
Bangunan tambahan Jabatan Penerangan mula beroperasi.
Jabatan Penerangan menyambut Jubli Emas penubuhan Jabatan Penerangan, 1952–2002.
Jabatan Penerangan melancarkan aplikasi mudah alih 'INFODEPTBN'.
Pusat Rujukan Penerangan telah diresmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud.
Jabatan Penerangan menyambut Ulang Tahun Nilam/Safir (Sapphire Anniversary) Pelita Brunei (65 tahun).
Akaun Facebook Pelita Brunei dicipta.
Jabatan Penerangan menyambut Jubli Nilam Pelita Brunei (65 tahun).
Galeri Lentera Makmur dilancarkan secara rasmi.

Jabatan Penerangan genap berusia 70 tahun dan disambut dengan majlis Tahlil serta Doa Kesyukuran.


Total views : 636