TERBITAN MELAYU
‘Pelita Brunei’ ialah akhbar rasmi kerajaan yang pertama kali diterbitkan pada 15 Februari 1956. Tiga ratus naskhah dikeluarkan setiap dua minggu menggunakan bentuk siklostil. Pada tahun 1959, mesin cetak telah digunakan.
Sejak 7 Julai 1965, ‘Pelita Brunei’ diterbitkan setiap hari Rabu – satu jadual yang telah dikekalkan sehingga 2008.
‘Pelita Brunei’ terus berkembang dengan pelancaran sistem ePelita pada tahun 2008 di mana beritanya kini boleh didapati setiap hari melalui laman webnya diikuti dengan salinan cetaknya yang tersedia setiap Isnin, Rabu dan Sabtu.
Versi dalam talian boleh didapati di www.pelitabrunei.gov.bn | Versi e-kertas juga boleh didapati di www.epaper.pelitabrunei.gov.bn
Jualan Penerbitan Jabatan Penerangan
Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri telah mula menjual buku-buku terbitan berikut iaitu Himpunan Titah, Himpunan Sabda, Kompilasi Sabda Anakanda, Haluan, Brunei Darussalam Negaraku dan juga buku daerah-daerah (Daerah Tutong dan Daerah Temburong).
Orang ramai bolehlah mendapatkan buku-buku berkenaan dari Ibu Pejabat, Jabatan Penerangan dan juga Cawangan-cawangan Penerangan di setiap daerah.
Untuk makluman, waktu perniagaan penjualan buku-buku adalah seperti berikut:
Isnin hingga Khamis
8.00 pagi – 11.30 pagi
1.30 petang – 2.30 petang
Sabtu
8.00 pagi – 10.00 pagi


Total views : 516