Penerbitan Khas

Jabatan Penerangan juga menerbitkan beberapa penerbitan khas yang kebanyakannya adalah bagi menghormati sambutan khas atau sebagai penerbitan sekali sahaja (one-off).

Brunei Darussalam 'The Abode of Peace', The Sultan, The Country and The People

Buku ini diterbitkan sempena sambutan ulang tahun hari keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-60 pada tahun 2006.

The Water Village, Brunei Darussalam

Buku ini mengandungi latar belakang ringkas mengenai perkampungan air yang terkenal atau dikenali di peringkat tempatan sebagai Kampung Ayer. Buku ini diterbitkan pada tahun 2006.

Milestone - The Reopening of The State Legislative Council

Buku kecil ini mengehadkan rujukannya kepada Brunei sebagai sebuah negara-bangsa berdasarkan model Westphalia dengan memfokuskan kepada sejarahnya dari tahun 1984 dan seterusnya. Ia mengecilkan lagi skop dengan membentangkan gambaran keseluruhan bagi dua peristiwa bersejarah yang mempengaruhi masa depan landskap politik Brunei; iaitu pembukaan semula Majlis Mesyuarat Negara pada 25 September 2004 dan pengisytiharan pindaan perlembagaan Brunei pada 29 September 2004.

Buku kecil ini berfungsi sebagai panduan ringkas untuk para wartawan, aktor negara (state actors) dan aktor bukan negara (non-state actors) mengenai badan perundangan Brunei serta kepentingan perlembagaannya. Ia mempunyai tiga bab; di mana setiap bab mengandungi beberapa subseksyen yang menghasilkan naratif keseluruhan yang koheren.

Buku ini diterbitkan pada tahun 2006

Milestone - 7th Conference of The ASEAN Ministers Responsible for Information

Buku kecil ini merupakan sebuah penerbitan bergambar mengenai hos bagi persidangan menteri-menteri penerangan ASEAN ke-7 oleh Negara Brunei Darussalam yang diterbitkan pada tahun 2006.

Negara Brunei Darussalam telah menjadi tuan rumah bagi persidangan tersebut dari 15 hingga 19 Oktober 2002.

Pelita Emas 1956-2006, Meraikan 50 Tahun Penerbitan Pelita Brunei

Buku ini diterbitkan sempena Jubli Emas Ke-50 Pelita Brunei. Antara lain menyentuh tentang sejarah dan perkembangan Pelita Brunei.​

Brunei Darussalam in ASEAN

Jabatan Penerangan merupakan Pengerusi bagi Sub-Jawatankuasa Penerangan ASEAN COCI bagi Negara Brunei Darussalam. Oleh itu, Brunei Darussalam dalam ASEAN adalah salah satu projek oleh sub-jawatankuasa tersebut yang membincangkan tentang Negara Brunei Darussalam, peranan ASEAN dan peranan Negara Brunei Darussalam dalam ASEAN.

Buku ini diterbitkan pada tahun 2006.

Wajah Wajah Patriotisme

Ia merupakan sebuah buku bergambar yang mengandungi kompilasi gambar-gambar yang diambil oleh jurugambar-jurugambar Jabatan Penerangan, yang berfungsi sebagai narator (pencerita) bagi sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke-20. Ia telah diterbitkan pada tahun 2005.

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.

Koleksi Senyum Budiman & Si Tuyu

Ini merupakan koleksi kartun yang diilustrasikan oleh dua orang kartunis prolifik daripada Jabatan Penerangan, iaitu Haji Matayir Haji Amin dan M.salleh Ibrahim. Kartun-kartun tersebut adalah berdasarkan peristiwa-peristiwa semasa yang berlaku dari tahun 1960-an sehinggalah ke hari ini yang pernah diterbitkan di dalam Pelita Brunei.