JUALAN TERBITAN JABATAN PENERANGAN
Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri telah mula menjual penerbitan berikut: Himpunan Titah, Himpunan Sabda, Kompilasi Sabda Anakanda, Haluan, Brunei Darussalam Negaraku serta buku-buku daerah (Daerah Tutong dan Daerah Temburong).
Orang ramai boleh mendapatkan buku-buku tersebut di Ibu Pejabat, Jabatan Penerangan, serta cawangan-cawangan Penerangan di setiap daerah.
Untuk makluman, waktu perniagaan adalah seperti berikut:
Isnin hingga Khamis
8.00 pagi – 11.30 pagi
1.30 petang – 2.30 petang
Sabtu
8.00 pagi – 10.00 pagi
Kraftangan Tradisional Brunei Darussalam
Buku ini memperkenalkan keindahan yang tiada tandingan dan kualiti unggul seni halus dan kraf tangan Brunei Darussalam yang telah dihasilkan oleh tukang mahir dan diwarisi dari generasi ke generasi.
Brunei in Seconds 2018
“Brunei in Seconds” hampir serupa dengan “Brunei in Brief”, namun ia merupakan sebuah risalah yang kandungannya menyediakan ringkasan maklumat mengenai Brunei. Penerbitan ini membantu orang ramai untuk mengenali Brunei kerana ia menyediakan panduan tentang tempat penginapan, tempat makan, serta aktiviti riadah bersama tempat-tempat menarik. Ia diedarkan secara percuma dengan sebanyak 1,000 naskhah.
Brunei Secara Ringkas 2017
Brunei Darussalam Secara Ringkas merupakan sebuah buku maklumat bersaiz poket mengenai Negara Brunei Darussalam yang mudah dibawa dan sesuai untuk pelancong serta orang awam secara umum. Ia menyediakan maklumat terkini mengenai negara ini, merangkumi latar belakang sejarah, rakyatnya, sektor pertanian, hingga ke tempat-tempat menarik.
Ketenangan dalam Kepelbagaian (2015)
Temburong – Ketenangan dalam Kepelbagaian merupakan koleksi gambar yang dirakam di sekitar Daerah Temburong. Penerbitan ini mempromosikan keindahan tradisional serta aktiviti-aktiviti di daerah tersebut kepada masyarakat tempatan dan juga antarabangsa.
Brunei Darussalam Secara Ringkas (2013)
Brunei Darussalam Secara Ringkas ialah sebuah buku maklumat bersaiz poket mengenai Negara Brunei Darussalam yang mudah dibawa dan sesuai untuk pelancong serta orang awam secara umum. Ia menyediakan maklumat terkini mengenai negara ini, merangkumi latar belakang sejarah, rakyatnya, sektor pertanian hingga ke tempat-tempat menarik.
Penerbitan ini mempunyai edaran sebanyak 20,000 naskhah dan boleh didapati secara percuma.
Daerah Brunei Muara
Edisi Ke-Dua 2010
Diterbitkan oleh Bahagian Berita Bahasa Inggeris Jabatan Maklumat Pejabat Perdana Menteri Brunei Darussalam
Daerah Tutong
Edisi Ke-Dua 2012
Diterbitkan oleh Bahagian Berita Bahasa Inggeris Jabatan Maklumat Pejabat Perdana Menteri Brunei Darussalam
DAERAH BELAIT
Edisi Ke-Dua 2012
Diterbitkan oleh Bahagian Berita Bahasa Inggeris Jabatan Maklumat Pejabat Perdana Menteri Brunei Darussalam
DAERAH TEMBURONG
Edisi Ke-Dua 2010
Diterbitkan oleh Bahagian Berita Bahasa Inggeris Jabatan Maklumat Pejabat Perdana Menteri Brunei Darussalam
Laporan Tahunan Negara Brunei Darussalam 2005-2009 (Bahagian Pertama)
Laporan ini mengandungi maklumat mengenai Negara Brunei Darussalam sepanjang lima tahun berturut-turut dalam format yang tekah dikemas kini. Ciri utama format baharu ini ialah maklumat ringkas bagi setiap kementerian tidak lagi digabungkan dengan huraian semua jabatan dibawah kawalannya.
Adat Resam dan Tatasusla Negara Brunei Darussalam
Panduan ini bertujuan untuk membantu pelawat dan pekerja asing memahami budaya serta masyarakat Negara Brunei Darusslam, sekali gus menjadikan tempoh mereka berada di Negara ini lebih menyeronokkan.


Total views : 516