MoU Brunei Darussalam & Singapore
MEMORANDUM PERSEFAHAMAN DALAM BIDANG PENYIARAN DAN MAKLUMAT ANTARA KERAJAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DAN KERAJAAN REPUBLIK SINGAPURA
Kami merujuk kepada Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kerajaan Republik Singapura mengenai kerjasama dalam bidang Penyiaran yang ditandatangani pada 6 Oktober 1990.
MoU ini telah diperbaharui dan ditandatangani oleh Menteri Jabatan Tenaga di Jabatan Perdana Menteri bagi Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Menteri Pembangunan Digital dan Penerangan bagi Kerajaan Republik Singapura pada 22 April 2014.
Menurut MoU ini, Jawatankuasa Teknikal Bersama telah mengadakan mesyuarat ke-26 di Negara Brunei Darussalam dari 25 – 26 November 2016.
Jawatankuasa teknikal yang terdiri daripada wakil dari setiap negara bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali setahun secara bergilir-gilir antara Negara Brunei Darussalam dan Singapura untuk melaksanakan Memorandum ini.
Pelaksanaan projek-projek di bawah Memorandum ini adalah dalam bidang-bidang berikut:
- Program Televisyen
- Program Radio
- Berita dan Hal Ehwal Semasa
- Pendidikan, Latihan dan Penyelidikan
- Penyiaran Digital dan Media Baharu
- Kerjasama dan Pertukaran Maklumat
Kajian dan Perbincangan mengenai projek MoU:
- Xpedisi Siswa
- GRID
- Drama
- Rapsodi
- Berita dan Hal Ehwal Semasa
- Program Radio Umum
- Drama
- Pantun
- Jalinan Mesra
- Pelangi Ria Muzik Mash
- Salam Mesra
- Mesyuarat JTC
- Rapsodi
- Drama
- GRID and Xpedisi Siswa (Program Belia)


Total views : 576