TERBITAN MELAYU

‘Pelita Brunei’ ialah akhbar rasmi kerajaan yang pertama kali diterbitkan pada 15 Februari 1956. Tiga ratus naskhah dikeluarkan setiap dua minggu menggunakan bentuk siklostil. Pada tahun 1959, mesin cetak telah digunakan.

Sejak 7 Julai 1965, ‘Pelita Brunei’ diterbitkan setiap hari Rabu – satu jadual yang telah dikekalkan sehingga 2008.

‘Pelita Brunei’ terus berkembang dengan pelancaran sistem ePelita pada tahun 2008 di mana beritanya kini boleh didapati setiap hari melalui laman webnya diikuti dengan salinan cetaknya yang tersedia setiap Isnin, Rabu dan Sabtu.

Versi dalam talian boleh didapati di www.pelitabrunei.gov.bn | Versi e-kertas juga boleh didapati di www.epaper.pelitabrunei.gov.bn

Jualan Penerbitan Jabatan Penerangan

Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri telah mula menjual buku-buku terbitan berikut iaitu Himpunan Titah, Himpunan Sabda, Kompilasi Sabda Anakanda, Haluan, Brunei Darussalam Negaraku dan juga buku daerah-daerah (Daerah Tutong dan Daerah Temburong).

Orang ramai bolehlah mendapatkan buku-buku berkenaan dari Ibu Pejabat, Jabatan Penerangan dan juga Cawangan-cawangan Penerangan di setiap daerah.

Untuk makluman, waktu perniagaan penjualan buku-buku adalah seperti berikut:

 

Isnin hingga Khamis

8.00 pagi – 11.30 pagi

1.30 petang – 2.30 petang

 

Sabtu

8.00 pagi – 10.00 pagi

Kenali Negara Kitani & Sejarah Kampung
Titah Collection
Sabda Collection
Haluan Collection
Lawatan Negara Collection
Tetamu Negara Collection
Khutbah Jumaat Collection
Semarak Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Collection
Agama Rasmi Collection
Peranan dan Tanggungjawab Rakyat KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Collection
Bendera dan Lagu Kebangsaan Collection
Brunei Merdeka Collection
Ristaan Jubli Emas Jabatan Penerangan Collection
Jubli Emas Articles Collection
Raja Di Hati Rakyat Collection
Membudayakan Masyarakat Bermaklumat Collection
Melayu Islam Beraja Collection
Brunei Darussalam Negaraku Collection
Cerpen Collection